Monday, 19 March 2018

REZEKI - THE GREAT MENTOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Diharap semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt.. Setiap manusia yang lahir ke dunia ni Allah swt dah kurniakan REZEKI; dan rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dari segi kewangan, kesihatan dan macam-macam lagi. Tapi dalam bidang perniagaan ini, Allah SWT dah kurniakan rezeki kepada Awie iaitu THE GREAT MENTOR dalam G8Unity.



CDM Norain Mohd Nizar


Awie berbesar hati untuk berkongsi cerita mengenai beliau, CDM dan mentor yang Awie sangat hormati dan kasihi. Beliau adalah CDM Norain Mohd Nizar. Beliau berumur 36 tahun, ibu kepada 3 princess yang comel-comel belaka. Beliau merupakan CO-FOUNDER kepada THE DIAMOND CIRCLE (TDC) iaitu kumpulan yang dikenali sebagai PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT. CDM Ain memulakan perniagaan secara online pada tahun 2012 dimana bermula sebagai pengguna Premium Beautiful. Kini beliau merupakan salah seorang CDM yang terpenting dalam G8Unity.


Apa yang menyebabkan Awie begitu tertarik dengan CDM Ain????




CDM Norain Mohd Nizar - Seorang mentor yang KOMITED dan BERKARISMA


1st point - Beliau berasal dari Johor Bahru; dan boleh dikatakan setiap minggu beliau bersama-sama suami tercinta iaitu Abang Ezam akan turun ke Kuala Lumpur untuk urusan business semenjak 6 tahun lalu. Beliau bijak mengatur masa dan aktiviti antara keperluan keluarga dan urusan business. Bayangkan...ada ke orang lain yang betul-betul komited seperti beliau yang berusaha untuk mengubah nasib keluarga sendiri dan rakan kongsi yang lain. Kebanyakan mentor yang ada sekarang hanya lah MELEPASKAN BATUK DI TANGGA. Dapat rakan kongsi dan terus TINGGALKAN TERKAPAI-KAPAI TANPA ARAH. 



PROFESSIONALISM CDM Norain Mohd Nizar 


2nd point - Perjalanan business beliau menyebabkan wujudnya perasaan bahawa Awie pun boleh lakukan seperti beliau. Pada asalnya beliau adalah seorang Project Engineer; kehidupannya hanya kerja dan balik rumah dalam keadaan yang penat dan tertekan. Perkara yang sama berulang setiap hari. Sehinggakan beliau rasa, sampai bila nak ada rutin harian macam tu. Sampai bila nak hidup dalam keadaan tertekan antara bebanan kerja dan keluarga.  Akhirnya beliau sedari bahawa, beliau perlu KELUAR DARI KEPOMPONG dan TERBANG MENCARI SESUATU YANG BOLEH MENGUBAH HIDUP BELIAU 360 DARJAH. Beliau tekad, setelah mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan bersama The Diamond Circle sebagai Premium Beautiful Expert, beliau beri tempoh selama 1 tahun untuk BERHENTI KERJA. Akhirnya beliau telah membuktikan bahawa PILIHAN YANG DIAMBIL ADALAH TEPAT. 



CDM Norain Mohd Nizar - Seorang yang bersahaja apabila di pentas


3rd point - Beliau memang sangat membantu rakan-rakan kongsi untuk memastikan kami sentiasa berada dalam landasan yang betul. Bantuan dari segi ILMU, TIPS dan SEMANGAT. Beliau selalu menitik beratkan BEKERJA DALAM KUMPULAN adalah lebih baik bekerja secara individu. 

4th point - Awie bukan lah direct leader kepada CDM Ain. Tapi hierarki kami tu langsung xjadi penghalang untuk beliau bantu Awie dalam business. Pada awalnya Awie berasa takut dan malu untuk bertegur sapa dan dapatkan nasihat beliau. Memang betul lah peribahasa orang-orang lama, "XKENAL MAKA XCINTA". Rupa-rupanya beliau mempunyai sikap yang mudah didampingi dan mudah berkawan. 

Banyak lagi yang Awie ingin kongsikan tentang beliau. Tapi cukup la setakat ini sahaja. Jika Anda ingin mengenali beliau lebih rapat, mari hubungi Awie untuk sama-sama menjadi rakan kongsi dan sama-sama berjaya seperti beliau.




AWIE bersama beliau untuk meraikan kejayaan Awie mencapai pangkat Sale Manager bagi tahun 2017





Barisan CDM dalam G8Unity




Barisan CDM dalam G8Unity




"NAK BERJAYA, WAJIB MENCARI MENTOR YANG BETUL. Mentor yang boleh GENGGAM TANGAN kita untuk sama-sama mendaki bukit hingga ke PUNCAK KEJAYAAN"

Friday, 2 March 2018

TSUNAMI PREMIUM BEAUTIFUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.... 


Hari ini 2nd of March 2018, dah masuk bulan ke 3 bagi tahun 2018. Ada sesuatu yang Awie ingin kongsikan di sepanjang bulan February 2018.


Dulu kumpulan kami di kenali sebagai The Diamond Circle. Tapi kehadiran tahun 2018 telah mengubah 360 darjah cara KAMI BERFIKIR, CARA BERNIAGA, CARA BAGAIMANA BERDEPAN DENGAN CLIENT, TEKNIK MENDAPATKAN SALE DAN RAKAN KONGSI YANG LEBIH RAMAI. Ini semua adalah hasil daripada koleberasi dengan beberapa kumpulan yang terhebat dalam business bersama Syarikat Sahajidah Hi O Markerting Sdn Bhd. Maka lahirlah #G8Unity.


February 2018 jugalah sale Premium Beautiful Awie meningkat melebihi RM22,000.00.





10 set Premium Beautiful yang sudah ada pembeli yang sedia menunggu  untuk dipakaikan.



#G8Unityplan yang "berhantu"

G8unity plan mampu membantu usahawan G8unity untuk mencapai #autopilotincome dimana ia mudah difahami dan diguna pakai. Sesiapa pun mampu berniaga bersama kami kerana:

  • G8unity diketuai oleh CDM Hanis Haizi yang merupakan icon usahawan yang telah mencipta nama dan membawa fenomena dalam "online marketing". Beliau telah menghasilkan RM150 juta sale dalam tempoh 5 tahun. Segala ilmu dan pengalaman beliau dikongsi bersama bagi membantu semua usahawan dalam the great Unity.
  • Founders dalam kumpulan G8unity terdiri daripada CDM SALHA ZAIN, CDM SYIDA MOHSIN, CDM SHALIZA AZIZ, CDM AL-FAATH, CDM AZIZUL RAZMAN & CDM RIDZUAN yang masing-masingnya mempunyai kepakaran dalam perbagai bidang antaranya perancangan startegy, marketing, ekonomi dan IT
  • Modal permulaan yang minimum jika dibandingkan dengan jenis perniagaan yang lain. Paling menarik adalah MODAL ADALAH SEKALI SEUMUR HIDUP.
  • Mengaplikasikan konsep perniagaan secara hypermarket.
  • Keuntungan adalah berganda-ganda setiap bulan disebabkan produk yang semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Sudah menjadi trend masa kini wanita memiliki korset untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. 
  • Risiko untuk gagal dalam perniagaan adalah rendah kerana dikelilingi oleh rakan kongsi yang sentiasa membantu antara satu sama lain dan sentiasa berfikiran positive.
  • Business plan yang mudah diikuti.



Jom kita lihat photo-photo Tsunami Premium Beautiful bagi bulan February 2018. Yeyyyy....memang best business bersama G8Unity.. Jom kita mulakan #businesscarakami




















SALES G8UNITY bagi bulan February 2018 melebihi RM300,000.00. 



Berminat untuk sertai kami??? Jom kita gandakan income seterusnya mencapat AUTOPILOT INCOME; boleh hubungi saya 





SAWIYAH SAMSUDIN @ AWIE 
di talian 019-319 4923





Monday, 19 February 2018

Activity Chinese New Year 2018

PERSONAL COACHING WITH CDM NORAIN MOHD NIZAR

Assalamualaikum semua.... 

Dari hari sabtu lepas lagi nak update berkenaan aktiviti Awie sepanjang cuti Perayaan Chinese New Year 2018; tapi xberkesampatan sebab terlalu sibuk melayan kerenah dan telatah anak-anak. 

Public Holiday tidak bermakna BUSINESS ONLINE Awie pun tutup. Awie telah merebut peluang untuk menajam dan menambahkan ilmu bersama my beloved mentor iaitu CDM Norain Mohd Nizar yang datang khas dari Johor Bahru.



Sepanjang tempoh 3 jam bersama beliau, banyak input yang Awie perolehi daripada beliau yang dah berkecimpung dalam business bersama SHOM lebih dari 7 tahun. Banyak pengamalan yang dikongsi bersama antara nya adalah pengurusan masa diperingkat awal business di mana beliau pun masih bekerja sebagai seorang Project Engineer. Awie belajar macam mana nak atur jadual antara kerja hakiki, keluarga dan business. Nasihat beliau adalah kita perlu KORBANKAN WAKTU REHAT DAN WAKTU BERSENANG LENANG DENGAN KELUARGA, PENGORBANAN MASA HANYA 2 TAHUN SAHAJA. HABIS TEMPOH 2 TAHUN KITA AKAN KECAPI NIKMAT KEJAYAAN  dari segi FINANCIAL FREEDOM dan TIME FREEDOM.



Bukan itu sahaja perkongsian dari beliau yang lebih dikenali dengan panggilan "MUMMY". Manja gitew kan.... Beliau berpesan; sekarang adalah permulaan untuk Awie menjadi LEADER yang perlu ada MISSION dan VISION yang jelas untuk membina rangkaian business yang lebih besar. Awie xpernah berkeseorangan dalam business ni, tapi Awie dikelilingi mentor dan leader yang sentiasa memantau progress setiap bulan. Mulai sekarang memang perlu ada TARGET untuk HANDBAG BUSINESS, BAJU BUSINESS dan KERETA BUSINESS mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan oleh beliau.



Tak sabar nak jadi mumpreur seperti CDM Ain


Ada satu lagi nasihat yang akan Awie ingat sampai bila-bila. 


"Awie kene sentiasa ingat, semakin tinggi pangkat seseorang, semakin sibuk dengan aktiviti hariannya. Kita ambil contoh CEO sesebuah syarikat. Sebab apa sibuk??? Sebab nak improve diri sendiri dan company. Improve supaya boleh jadi rolemodel pada individu lain. Tiada istilah goyang aki tau. Sebab tanggungjawab semakin berat dan task semakin susah."



Sesi spotcheck blog. Muka takut tu... 


Masa 3 jam terlalu singkat untuk belajar semuanya. Tapi Awie faham learning process memerlukan masa.. Yang penting dalam 3 jam Awie dapat faham dan pegang 100% yang ingin di sampaikan oleh MUMMY AIN.... Tanpa leader dan mentor siapa lah Awie hari ini. 

Penglibatan Awie dalam business bersama SHOM dan G8Unity dah membantu Awie berubah dari segi pemikiran yang semakin positive dan cara penampilan yang lebih menarik. Sekarang adalah masa untuk Awie merangka dan buktikan #timefreedom, #financialfreedom dan seterusnya ke arah #AutoPilotIncome. Insyaallah.....




Kami jumpa di AEON Seremban 2. Masing-masing bawa husband yang sentiasa support dengan kerjaya yang kami pilih. Alhamdulillah..


Sampai disini saja perkongsian untuk minggu ini... Jumpa lagi di lain lembaran ya...


KENAPA SHOM SEBAGAI BACKUP PLAN UNTUK MASA DEPAN ANDA

Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.... 

Mesti yang dah ada keluar lunch pada waktu ni kan. Pagi ni terlalu banyak info yang telah di kongsi kan oleh group #G8Unity berkenaan dengan Syarikat Sahajidah Hi O Marketing Sdn Bhd.


Ramai di luar sana yang sudah pastinya mencari-cari dan merangka perniagaan sendiri disebabkan ingin mengubah cara hidup dan menambah pendapatan isi rumah. Ada yang beranggapan bahawa hanya dengan BUSINESS sahaja yang boleh menjadikan seseorang itu kaya. Yess....memang betul. Nabi Muhammad SAW pun merupakan seorang usahawan dan baginda pun dah menyeru umatNya supaya berniaga.


Alhamdulillah, Awie dah diketemukan dengan satu business yang boleh mengubah cara hidup Awie 360 darjah kini dan akan datang.. Awie memilih untuk menjadi sebahagian daripada usahawan SAHAJIDAH HI O MARKETING SDN BHD. 


Kenapa anda perlu pilih SHOM berbanding syarikat lain??? Mari Awie kongsi kan...



















Best ke best dengan info di atas. SHOM merupakan syarikat yang telah diperakui tanpa was-was lagi. 



Xcukup dengan info di atas, mari kita lihat yang lain pula menerusi Link di bawah 



ini company Awie, #macammanapulakcompanyanda ?????

MY BIG WHY

KENAPA AWIE MELIBATKAN DIRI DALAM BUSINESS BERSAMA SHOM??


Teringat lagi masa sekolah rendah mak selalu berpesan supaya guru adalah pilihan profesional Awie bila dewasa kelak. Tapi disebabkan minat Awie dalam bidang construction tu terlalu mendalam Awie lupakan niat mak. Kenapa guru adalah pilihan mak??? Alasannya adalah KERJA KERAJAAN, MASA KERJA YANG LEBIH SINGKAT dan PEKERJAAN YANG LEBIH TERJAMIN.


Setelah tamat pengajian pada umur 23 tahun, semangat kerja terlalu berkobar-kobar sehinggakan kerja sampai ke lewat malam.. Xpernah kenal erti penat dari zaman bujang sehingga lah lahirnya anak pertama di dunia. Sampaikan suami Hanafi Abdullah pun mula merungut dan berpesan kalau kerja biarlah berpada-pada. Tapi prinsip Awie selagi mana aku mampu buat selagi mana belum ada kepuasan kerja selagi mana pengalaman yang belum aku dapat, selagi tu lah Awie akan berjuang demi cita-cita.




Tapi prinsip tu xbertahan lama apabila umur dah menjangkau 30 an. Apabila Awie dah miliki kepuasan kerja, apabila pengalaman kerja lebih dari 12 tahun dalam bidang construction, apabila ilmu yang Awie inginkan dah pun Awie miliki, Awie dah mula rasa bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi sekarang anak-anak sudah semakin membesar yang memerlukan perhatian sepenuhnya dari seorang ibu. Mereka perlukan masa seorang ibu menemani mereka sewaktu belajar dan juga libatkan diri dengan aktiviti sekolah. Tapi malangnya Awie tidak mampu nak penuhi kehendak anak-anak. Hantar anak ke sekolah ke rumah baby sitter, hari masih gelap. Waktu ambil mereka pun dah gelap. Jarang-jarang sangat jemput mereka pulang ke rumah sewaktu masih ada lagi matahari.


Bukan itu sahaja, keadaan kesihatan mak sekarang pun bukan macam dulu lagi, sudah tidak mampu untuk masak sendiri dan uruskan diri lagi. Sedih tengok wajah yang semakin dimamah usia.. Hari isnin hingga jumaat Awie tinggalkan mak di rumah kakak. Bila tiba hari sabtu mak terpaksa dipapah naik kereta ke rumah Awie pulak. Proses berulang-ulang setiap minggu. Mak selalu cakap bagus nya kalau Awie duduk kat rumah jaga mak dan anak-anak sepenuh masa. Tapi apa kan daya Awie xmampu nak tinggalkan kerja Awie disebabkan komitment yang terlalu tinggi.


Disebabkan mak dan anak-anak lah Awie perlu cari jalan supaya ada lebih masa untuk mereka. Berapa lama lagi Awie boleh berbakti dengan mak?? Berapa lama lagi Awie boleh masak untuk mak?? Sanggup ke Awie punahkan harapan anak2..



Business bersama #g8unity & #shom adalah jalan yang paling sesuai untuk Awie penuhi permintaan mereka. Masa yang lebih flexible, income yang boleh menanggung perbelanjaan bulanan Awie sekeluarga, business yang boleh bagi Awie duit simpanan setiap bulan, group yang senantiasa membakar semangat Awie supaya terus berjuang demi #mybigwhy. Doakan Awie berjaya.. Tiada lain yang mampu Awie balas atas doa kawan2 semua hanyalah ucapan terima kasih. Moga kita sama2 boleh mengubah cara hidup demi big why kita. Insyaallah...





Keluarg kecil Awie.... ika, adam dan papa yang sentiasa buatkan mama bertambah bersemangat berjuang demi kehidupan kita yang lebih baik di masa depan, Insyallah...


Mak yang dicintai; Hajah Raudah Bin Haji Abbas


APA PULA BIG WHY ANDA????? BOLEH KONGSIKAN???


Main Product - Premium Beautiful

CARA RAWAT RAHIM TIDAK SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca terutamanya wanita-wanita. Awie adalah wanita, anda adalah wanita dan kita sem...

Main Product - Premium Beautiful