Resepi Masakan

RESEPI FUDGE BROWNIES SEDAP


Hi Reader!!!!

Assalamualaikum, Good Morning & Happy Sunday....

Harini terasa nak share resepi Fudge Brownies AKA Brownies Kedut yang sememangnya sedap dan tidak berapa manis.... Resepi ini amat mudah untuk disediakan dan sesuai dihidangkan untuk minum petang.. 




BAHAN-BAHAN


BAHAN PERTAMA

  • 400gram coklat masakan (berryls) dark coklat
  • 150 gram butter achor (salted)
BAHAN KEDUA


  • 100 gram gula castor
  • 100 gram gula perang
  • 4 biji telur

BAHAN KETIGA

  • 100 gram tepung gandum + 35 gram serbuk koko + 1 tsp baking powder (ayakkan)

BAHAN KEEMPAT

  • 100 gram coklat chip (jika suka boleh letak)

BAHAN KELIMA

  • 1 tsp esen vanilla 



CARA-CARA PENYEDIAAN


1. Sediakan loyang size 10" x 10" x 1 1/2 inci tinggi dan griskan loyang serta lapik loyang dengan baking paper (non stick paper)

2. Cairkan butter dan coklat dengan kaedah steam bath (air di bawah) hingga mencair. Sejukkan sebentar (BAHAN PERTAMA)

3. Kocokkan telur dan gula menggunakan wish sahaja (BAHAN KEDUA)

4. Masukkan adunan coklat dan butter

5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit serta esen vanilla (BAHAN KETIGA + BAHAN KELIMA)

6. Kacau dengan kadar segera kerana adunan cepat memekat (BAHAN KEEMPAT)

7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan coklat chips (pilihan) dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170c

TIPS BERGUNA UNTUK MENGHASILKAN BROWNIES YANG CANTIK



  • Pastikan brownies tidak dibakar terlalu lama untuk mengelakkan brownies menjadi kering dan tidak moist

  • Selepas brownies dikeluarkan dari loyang, masukkan ke dalam kotak atau bekas kek dengan sedikit terbuka, selepas 15 minit boleh la kotak di tutup sepenuhnya.

  • Boleh tekan dibahagian tengah/ tepi brownies untuk memastikan brownies telah masak secukupnya.

  • Jika brownies tidak berbedut boleh gunakan telur yang sizenya lebih kecil atau boleh timbang  telur (210 gram)

  • Adalah sangat penting untuk mengenali oven masing-masing, kerana ia akan mempengaruhi kualiti brownies.

  • Sekiranya anda ingin memotong brownies tetapi tidak mempunyai pisau pemotong brownies, boleh la guna pisau biasa yang bersaiz panjang. Sebelum potong, panaskan pisau di atas api dan terus potong brownies mengikut size yang anda suka.


Brownies yang belum di potong


Brownies yang sudah dipotong menggunakan pisau biasa



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


RESEPI MASAK LOMAK CILI API KETAM



Hari minggu ni memang akan terlajak rajin untuk ke dapur kan. Pagi tadi pun En.Suami dah siap belikan ketam dan nenas. Dah xda menu lain la tu... Mesti masak lemak cili api ketam; feveret En.Suami dari dulu lagi. So Awie nak berkongsi resepi yang sudah pastinya xkan kecewa dengan hasilnya... Insyallah...


BAHAN-BAHAN


4 ekor ketam sederhana size
1 biji nenas sederhana size
1 ulas kunyit sebesar ibu hari kaki
2 tangkai serai
7 biji cili api (ikut cita rasa masing-masing)
1 biji santan kelapa
Serbuk secukup rasa maggi
Garam secukup rasa



CARA-CARA PENYEDIAAN



  • Bersihkan ketam dan basuh dengan air limau 
  • Potong ketam kepada 2 bahagian. So 4 ekor ketam boleh dapat 8 bahagian. Banyak tu....nyummmmm.
  • Tumbuk cili api dan kunyit sehingga lumat. Akhir sekali pecah2 kan serai.
  • Masukkan ketam, bahan yang ditumbuk dan nenas yang telah dipotong ke dalam periuk. Masukkan sedikit air. Panaskan bahan-bahan ni sehingga air ketam dan nenas kering.

  • Setelah air kering, masukkan santan kelapa dan biarkan ia menggelegak. Pastikan anda sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak
  • Masukkan garam dan serbuk secukup rasa maggi secukup rasa.
  • Tutup api. Siap untuk dihidangkan...






No comments:

Post a Comment

Main Product - Premium Beautiful

CARA RAWAT RAHIM TIDAK SIHAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca terutamanya wanita-wanita. Awie adalah wanita, anda adalah wanita dan kita sem...

Main Product - Premium Beautiful