Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Diharap semua pembaca dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi oleh Allah swt.. Setiap manusia yang lahir ke dunia ni Allah swt dah kurniakan REZEKI; dan rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang dari segi kewangan, kesihatan dan macam-macam lagi. Tapi dalam bidang perniagaan ini, Allah SWT dah kurniakan rezeki kepada Awie iaitu THE GREAT MENTOR dalam G8Unity.
CDM Norain Mohd Nizar
Awie berbesar hati untuk berkongsi cerita mengenai beliau, CDM dan mentor yang Awie sangat hormati dan kasihi. Beliau adalah CDM Norain Mohd Nizar. Beliau berumur 36 tahun, ibu kepada 3 princess yang comel-comel belaka. Beliau merupakan CO-FOUNDER kepada THE DIAMOND CIRCLE (TDC) iaitu kumpulan yang dikenali sebagai PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT. CDM Ain memulakan perniagaan secara online pada tahun 2012 dimana bermula sebagai pengguna Premium Beautiful. Kini beliau merupakan salah seorang CDM yang terpenting dalam G8Unity.
Apa yang menyebabkan Awie begitu tertarik dengan CDM Ain????
CDM Norain Mohd Nizar - Seorang mentor yang KOMITED dan BERKARISMA
1st point - Beliau berasal dari Johor Bahru; dan boleh dikatakan setiap minggu beliau bersama-sama suami tercinta iaitu Abang Ezam akan turun ke Kuala Lumpur untuk urusan business semenjak 6 tahun lalu. Beliau bijak mengatur masa dan aktiviti antara keperluan keluarga dan urusan business. Bayangkan...ada ke orang lain yang betul-betul komited seperti beliau yang berusaha untuk mengubah nasib keluarga sendiri dan rakan kongsi yang lain. Kebanyakan mentor yang ada sekarang hanya lah MELEPASKAN BATUK DI TANGGA. Dapat rakan kongsi dan terus TINGGALKAN TERKAPAI-KAPAI TANPA ARAH.
PROFESSIONALISM CDM Norain Mohd Nizar
2nd point - Perjalanan business beliau menyebabkan wujudnya perasaan bahawa Awie pun boleh lakukan seperti beliau. Pada asalnya beliau adalah seorang Project Engineer; kehidupannya hanya kerja dan balik rumah dalam keadaan yang penat dan tertekan. Perkara yang sama berulang setiap hari. Sehinggakan beliau rasa, sampai bila nak ada rutin harian macam tu. Sampai bila nak hidup dalam keadaan tertekan antara bebanan kerja dan keluarga. Akhirnya beliau sedari bahawa, beliau perlu KELUAR DARI KEPOMPONG dan TERBANG MENCARI SESUATU YANG BOLEH MENGUBAH HIDUP BELIAU 360 DARJAH. Beliau tekad, setelah mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan bersama The Diamond Circle sebagai Premium Beautiful Expert, beliau beri tempoh selama 1 tahun untuk BERHENTI KERJA. Akhirnya beliau telah membuktikan bahawa PILIHAN YANG DIAMBIL ADALAH TEPAT.
CDM Norain Mohd Nizar - Seorang yang bersahaja apabila di pentas
3rd point - Beliau memang sangat membantu rakan-rakan kongsi untuk memastikan kami sentiasa berada dalam landasan yang betul. Bantuan dari segi ILMU, TIPS dan SEMANGAT. Beliau selalu menitik beratkan BEKERJA DALAM KUMPULAN adalah lebih baik bekerja secara individu.
4th point - Awie bukan lah direct leader kepada CDM Ain. Tapi hierarki kami tu langsung xjadi penghalang untuk beliau bantu Awie dalam business. Pada awalnya Awie berasa takut dan malu untuk bertegur sapa dan dapatkan nasihat beliau. Memang betul lah peribahasa orang-orang lama, "XKENAL MAKA XCINTA". Rupa-rupanya beliau mempunyai sikap yang mudah didampingi dan mudah berkawan.
Banyak lagi yang Awie ingin kongsikan tentang beliau. Tapi cukup la setakat ini sahaja. Jika Anda ingin mengenali beliau lebih rapat, mari hubungi Awie untuk sama-sama menjadi rakan kongsi dan sama-sama berjaya seperti beliau.
AWIE bersama beliau untuk meraikan kejayaan Awie mencapai pangkat Sale Manager bagi tahun 2017
Barisan CDM dalam G8Unity
Barisan CDM dalam G8Unity
"NAK BERJAYA, WAJIB MENCARI MENTOR YANG BETUL. Mentor yang boleh GENGGAM TANGAN kita untuk sama-sama mendaki bukit hingga ke PUNCAK KEJAYAAN"