KENAPA AWIE MELIBATKAN DIRI DALAM BUSINESS BERSAMA SHOM??
Teringat lagi masa sekolah rendah mak selalu berpesan supaya guru adalah pilihan profesional Awie bila dewasa kelak. Tapi disebabkan minat Awie dalam bidang construction tu terlalu mendalam Awie lupakan niat mak. Kenapa guru adalah pilihan mak??? Alasannya adalah KERJA KERAJAAN, MASA KERJA YANG LEBIH SINGKAT dan PEKERJAAN YANG LEBIH TERJAMIN.
Setelah tamat pengajian pada umur 23 tahun, semangat kerja terlalu berkobar-kobar sehinggakan kerja sampai ke lewat malam.. Xpernah kenal erti penat dari zaman bujang sehingga lah lahirnya anak pertama di dunia. Sampaikan suami Hanafi Abdullah pun mula merungut dan berpesan kalau kerja biarlah berpada-pada. Tapi prinsip Awie selagi mana aku mampu buat selagi mana belum ada kepuasan kerja selagi mana pengalaman yang belum aku dapat, selagi tu lah Awie akan berjuang demi cita-cita.
Tapi prinsip tu xbertahan lama apabila umur dah menjangkau 30 an. Apabila Awie dah miliki kepuasan kerja, apabila pengalaman kerja lebih dari 12 tahun dalam bidang construction, apabila ilmu yang Awie inginkan dah pun Awie miliki, Awie dah mula rasa bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi sekarang anak-anak sudah semakin membesar yang memerlukan perhatian sepenuhnya dari seorang ibu. Mereka perlukan masa seorang ibu menemani mereka sewaktu belajar dan juga libatkan diri dengan aktiviti sekolah. Tapi malangnya Awie tidak mampu nak penuhi kehendak anak-anak. Hantar anak ke sekolah ke rumah baby sitter, hari masih gelap. Waktu ambil mereka pun dah gelap. Jarang-jarang sangat jemput mereka pulang ke rumah sewaktu masih ada lagi matahari.
Bukan itu sahaja, keadaan kesihatan mak sekarang pun bukan macam dulu lagi, sudah tidak mampu untuk masak sendiri dan uruskan diri lagi. Sedih tengok wajah yang semakin dimamah usia.. Hari isnin hingga jumaat Awie tinggalkan mak di rumah kakak. Bila tiba hari sabtu mak terpaksa dipapah naik kereta ke rumah Awie pulak. Proses berulang-ulang setiap minggu. Mak selalu cakap bagus nya kalau Awie duduk kat rumah jaga mak dan anak-anak sepenuh masa. Tapi apa kan daya Awie xmampu nak tinggalkan kerja Awie disebabkan komitment yang terlalu tinggi.
Disebabkan mak dan anak-anak lah Awie perlu cari jalan supaya ada lebih masa untuk mereka. Berapa lama lagi Awie boleh berbakti dengan mak?? Berapa lama lagi Awie boleh masak untuk mak?? Sanggup ke Awie punahkan harapan anak2..
Business bersama #g8unity & #shom adalah jalan yang paling sesuai untuk Awie penuhi permintaan mereka. Masa yang lebih flexible, income yang boleh menanggung perbelanjaan bulanan Awie sekeluarga, business yang boleh bagi Awie duit simpanan setiap bulan, group yang senantiasa membakar semangat Awie supaya terus berjuang demi #mybigwhy. Doakan Awie berjaya.. Tiada lain yang mampu Awie balas atas doa kawan2 semua hanyalah ucapan terima kasih. Moga kita sama2 boleh mengubah cara hidup demi big why kita. Insyaallah...
Keluarg kecil Awie.... ika, adam dan papa yang sentiasa buatkan mama bertambah bersemangat berjuang demi kehidupan kita yang lebih baik di masa depan, Insyallah...
Mak yang dicintai; Hajah Raudah Bin Haji Abbas
APA PULA BIG WHY ANDA????? BOLEH KONGSIKAN???